Alhamdullilah.

ASSALAMUALAIKUM

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Orang Yang Tidak Bersyukur

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak bersyukur kepada Allah seorang yang tidak bersyukur kepada manusia.” HR. Abu Daud dan dishahihkan di dalam kitab Silsilat Al Ahadits Ash Shahihah, 1/702.

Pengajaran:

1. Orang yang tidak berterima kasih di atas kebaikan orang lain terhadapnya bermakna, ia tidak bersyukur kepada Allah di atas limpah nikmat yang diperolehi.

2. Al-Khaththaby berkata; barangsiapa kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat (kebaikan) orang dan tidak bersyukur atas kebaikan mereka, maka nescaya termasuk kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat Allah Ta’ala dan tidak bersyukur kepada-Nya.

3. Allah SWT tidak menerima syukur seorang hamba atas kebaikan Allah kepadanya, jika seorang hamba tidak bersyukur kepada kebaikan orang lain terhadapnya. Lihat kitab Sunan Abu Daud dengan Syarah Al Khaththaby, 5/ 157-158.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مَنْ أُعْطِىَ عَطَاءً فَوَجَدَ فَلْيَجْزِ بِهِ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ فَلْيُثْنِ بِهِ فَمَنْ أَثْنَى بِهِ فَقَدْ شَكَرَهُ وَمَنْ كَتَمَهُ فَقَدْ كَفَرَهُ.

Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang diberikan sebuah hadiah, lalu ia mendapati kecukupan maka hendaknya ia membalasnya, jika ia tidak mendapati maka pujilah ia, barangsiapa yang memujinya, maka sungguh ia telah bersyukur kepadanya, barangsiapa menyembunyikannya sungguh ia telah kufur.” HR. Abu Daud dan dishahihkan dalam kitab Silsilat Al Ahadits Ash Shahihah, no. 617.

4. Cara membalas kebaikan dan pemberian orang lain:

a. Membalas pemberian tersebut
b. Memuji orang tersebut
c. Mengucapkan Jazakallah khairan kepada orang tersebut
d. Mendoakan orang tersebut

Ayuh berterima kasih kepada manusia dan bersyukur kepada Allah.
In syaa ALLAH.

Allahu’alam

Sayang semuanya 😊❤

18hb Februari 2021
06hb Rejab 1442H

Selawat.

بسم الله الرحمن الرحم…لا اله إلا الله محمد رسول الله في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله…لا حول ولاقوة إلا بالله العلي العظيم.. سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم… استغفر الله العظيم و اتوب اليه… الحمدلله ثم الحمدلله … الله اكبر ولله الحمد …جزى الله عنا سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم ماهو اهله… اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد وسلم تسليما… اللهم صل على سيدنا محمد ن الفاتح لما اغلق والختام لما سبق ناصر الحق بالحق والهادي الى صراطك المستقيم وعلى آله وصحبه حق قدره ومقداره العظيم …اللهم صل على سيدنا محمد عبد ك ورسولك النبي الامي وعلى آله وصحبه وسلم… يا كريم… يا كريم… يا كريم…

Keris.

Seorang lelaki yang sedang menangkap ikan di Sungai Towy di Wales tidak sangka menjumpai sebilah keris berusia beratus tahun dahulu apabila artifak itu tersangkut pada jaring menangkap ikan miliknya.
Keris itu dipercayai dibuat pada tahun 1700 dan kajian serta siasatan akan dibuat bagi mengenalpasti bagaimana keris itu boleh berada di Sungai Towy dan sudah berapa lama ia berada di situ.

Andrew Davies, berasal daripada Carmarthen berkata, ketika beliau sedang menangkap ikan pada suatu malam di Sungai Towy dan ketika jaring diangkat, beliau mendapati wujud sebatang besi berupa seperti pedang terlekat pada jaring menangkap ikan.

“Saya pelik dengan bentuk pedang itu kerana tidak pernah lihat senjata seperti itu, namun saya pasti ianya adalah senjata yang digunakan pada zaman dahulu kala.

Pegawai Muzium Carmarthenshire, Gavin Evans berkata, beliau telah menghantar gambar keris itu kepada pihak muzium di London, namun masih belum mendapat maklum balas.

“Saya belum mendapat apa-apa berita dan maklumat daripada pihak di London, namun daripada pemerhatian awal pihak kami senjata itu berasal daripada Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia di rantau Asia.
“Pada mulanya kami menyangkakan ianya berasal daripada zaman pemerintahan Rom, namun ia memiliki ciri-ciri yang lebih eksotik pada bentuk dan bahan yang digunakan untuk membuat keris itu juga menunjukkan ianya daripada sekitar Asia dan pada zaman dahulu ianya dijadikan senjata utama di Malaysia, Brunei, Thailand, Indonesia dan Filipina,” katanya.

Kredit: Malaysia Report